Business Update San Marino
SEE OTHER BRANDS

The best news from San Marino on business and economy

Program Bitget PRO Melancarkan Naik Taraf PRO+2 untuk Tempoh Terhad bagi Memperkasakan Pedagang Volum Tinggi dan Institusi

A light house with a light beam  AI-generated content may be incorrect.

VICTORIA, Seychelles, June 23, 2025 (GLOBE NEWSWIRE) -- Bitget, bursa mata wang kripto dan syarikat Web3 terkemuka, telah mengumumkan Promosi Naik Taraf Tahap PRO+2 untuk tempoh terhad, bersempena pelancaran Bitget PRO, satu program dinaik taraf yang direka untuk menyokong keperluan pelanggan institusi dan pedagang frekuensi tinggi. Promosi ini, yang ditujukan kepada pengguna yang layak, mengukuhkan komitmen Bitget untuk memperkasakan pedagang profesional dengan kadar yang lebih baik, infrastruktur keutamaan dan manfaat eksklusif.

Program Bitget PRO memperkenalkan sistem bertingkat yang dinamik bagi memudahkan akses institusi kepada yuran yang lebih rendah, had API yang dioptimumkan serta perkhidmatan pinjaman dan jagaan aset yang eksklusif, termasuk had pengeluaran yang diperluaskan. Dengan peningkatan perdagangan algoritma dan institusi, Bitget PRO berfungsi sebagai lapisan infrastruktur khusus yang menyokong pelaksanaan strategi kompleks dan kecekapan modal.

“Pedagang institusi sedang membentuk masa depan kewangan digital melalui ketepatan dan skala. Bitget PRO dibangunkan untuk menyokong aspirasi mereka dengan menawarkan infrastruktur canggih dan akses lancar kepada alat kewangan yang disesuaikan,” kata Gracy Chen, Ketua Pegawai Eksekutif Bitget. “Naik taraf PRO+2 kami yang ditawarkan untuk tempoh terhad ini adalah cara kami mengalu-alukan penyertaan peserta bertaraf tinggi ke dalam program ini dengan gangguan minimum—sambil menawarkan manfaat unggul dan menunjukkan komitmen berterusan kami dalam menyokong pertumbuhan institusi dalam dunia kripto.”

Promosi Naik Taraf Tahap PRO+2 akan berlangsung dari 2 Julai hingga 31 Ogos 2025. ia akan serta-merta meniingkatkan kuasa dagangan untuk pengguna baharu dan yang sedia ada. Pedagang akan dinaik taraf sebanyak dua tahap berdasarkan volum dagangan mereka pada bulan Jun, manakala pengguna baharu boleh memohon peningkatan yang sama dengan mengemukakan bukti aktiviti dagangan atau pegangan aset sebelum 15 Ogos 2025 (GMT+8). Sebagai contoh, pedagang yang diluluskan dan sedang berada pada tahap PRO3 akan dinaik taraf untuk menerima kadar yuran dan manfaat PRO5. Promosi ini membolehkan pengguna yang layak menikmati faedah tahap PRO6 lebih awal daripada biasa, termasuk diskaun yuran tertinggi, kecairan yang lebih mendalam dan sokongan institusi yang diperibadikan. Manfaat tambahan termasuk struktur yuran yang diperbaiki untuk spot dan niaga hadapan, had kadar API yang lebih tinggi, had pengeluaran yang lebih besar, pengurusan sub-akaun yang fleksibel serta akses langsung kepada pasukan API Bitget untuk sokongan masa nyata.

Program Bitget PRO diberikan secara automatik setiap hari pada jam 9:00 pagi (UTC+8), berdasarkan volum dagangan API pengguna dalam tempoh 30 hari. Untuk mencapai tahap PRO1 dan ke atas, sekurang-kurangnya 20% daripada dagangan perlu dilakukan melalui API. Pengguna yang tidak memenuhi kriteria ini akan kembali ke peringkat VIP. Struktur ini membolehkan pergerakan yang lancar sambil memberi ganjaran kepada aktiviti dan penglibatan teknikal.

Awal tahun ini, Bitget telah memperkukuhkan penawaran institusinya dengan pelancaran Perkhidmatan Pinjaman Institusi, yang membolehkan sehingga 5x leveraj untuk dagangan spot. Naik taraf tambahan, termasuk Akaun Bersepadu dan perkhidmatan OTC yang dipertingkatkan, mencerminkan komitmen Bitget untuk menyokong pedagang profesional dengan penyelesaian yang fleksibel dan selamat.

Untuk maklumat lanjut mengenai Promosi Naik Taraf Tahap PRO+2 Bitget, layari di sini. Untuk maklumat umum mengenai program Bitget PRO, sila layari halaman Program Bitget PRO yang rasmi dan hantarkan pertanyaan ke institution@bitget.com.

Perihal Bitget

Ditubuhkan pada tahun 2018, Bitget merupakan sebuah bursa mata wang kripto dan syarikat Web3 yang terkemuka di dunia. Memberikan perkhidmatan kepada lebih 120 juta pengguna di lebih 150 negara dan rantau, bursa Bitget komited untuk membantu pengguna berdagang dengan lebih bijak melalui ciri perdagangan salinan perintisnya dan penyelesaian perdagangan lain. Bitget turut menawarkan akses secara masa nyata kepada harga Bitcoinharga Ethereum serta harga mata wang kripto yang lain. Bitget Wallet yang sebelum ini dikenali sebagai BitKeep merupakan dompet kripto tanpa jagaan terkemuka yang menyokong lebih daripada 130 rantai blok dan berjuta-juta token. Ia menawarkan perdagangan berbilang rantaian, pertaruhan, pembayaran dan akses langsung kepada lebih daripada 20,000 DApp, dengan pertukaran termaju serta cerapan pasaran yang disepadukan dalam satu platform tunggal. Bitget berada di barisan hadapan dalam memacu penggunaan kripto melalui perkongsian strategik, antaranya berperanan sebagai Rakan Kongsi Kripto Rasmi Liga Bola Sepak Terunggul Dunia, LALIGA, dalam pasaran TIMUR, SEA dan LATAM, termasuk menjadi rakan kongsi global atlet Kebangsaan Turki Buse Tosun Çavuşoğlu (Juara gusti dunia), Samet Gümüş (Pemenang pingat emas tinju) dan İlkin Aydın (Pemain pasukan bola tampar kebangsaan), untuk memberikan inspirasi kepada komuniti global bagi merangkul masa depan mata wang kripto.

Untuk maklumat lanjut, layari: Laman web | Twitter | Telegram | LinkedIn | Discord | Bitget Wallet

Untuk pertanyaan media, sila hubungi: media@bitget.com

Amaran Risiko: Harga aset digital tertakluk kepada turun naik dan mungkin mengalami ketidakstabilan yang ketara. Pelabur disarankan agar hanya memperuntukkan dana yang mereka sanggup tanggung jika mengalami kerugian. Nilai mana-mana pelaburan boleh terjejas dan terdapat kemungkinan bahawa objektif kewangan mungkin tidak tercapai serta pelaburan pokok tidak dapat diperoleh semula. Nasihat kewangan bebas harus sentiasa diperoleh dan pengalaman kewangan peribadi serta kedudukan kewangan perlu dipertimbangkan dengan teliti. Prestasi pada masa lalu bukanlah penunjuk prestasi masa hadapan yang boleh dipercayai. Bitget tidak bertanggungjawab atas apa-apa kerugian yang mungkin dialami. Tiada apa-apa yang terkandung di sini harus dianggap sebagai nasihat kewangan. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, sila rujuk Syarat Penggunaan kami.

Foto yang mengiringi pengumuman ini tersedia di https://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/8a6da46e-0407-43bb-b236-a93a5188d971


Primary Logo

Legal Disclaimer:

EIN Presswire provides this news content "as is" without warranty of any kind. We do not accept any responsibility or liability for the accuracy, content, images, videos, licenses, completeness, legality, or reliability of the information contained in this article. If you have any complaints or copyright issues related to this article, kindly contact the author above.

Share us

on your social networks:
AGPs

Get the latest news on this topic.

SIGN UP FOR FREE TODAY

No Thanks

By signing to this email alert, you
agree to our Terms of Service